Saturday, June 26, 2010

pesanan terakhir

salam sejahtera.besok sy akn pulang ke kuantan dengan menaiki motorsikal. sebelum ape2 terjadi sy berharap anda semua memaafkan salah sialp sy,halalkan makan minum sy dan segala hutang2 sy.....andai sy hidup lg,blog ini akn diupdate lg...
wassalam...

Friday, June 25, 2010

Fakta menarik

  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


  • Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.


  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.


  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.


  • Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

My family





















Ni la family aku yg happy n bahagia. cuba korg perhatikan muka kami, ade ke persamaan?xde kan?
heheheh...
wish me happy ever after...

Wednesday, June 23, 2010

Fakta menarik

  • Jika seluruh peredaran darah dalam manusia digabungkan, maka keluasannya melebihi 2 keliling bumi.
  • Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam hari dan akan kembali seperti semula kerana tulang belakang kita menahan beban pada saat tidur, sehingga melebar kembali.
  • Orang buta juga bermimpi, namun mimpinya berupa suara, rabaan, maupun getaran.
  • Ketika orang-orang zaman purba kala sakit kepala, mereka mengubatinya dengan membuat lubang di bahagian kepala yang terasa sakit.
  • Bahawa nama vanila itu diambil dari kata vagina, kerana bentuk vanila seperti vagina.
  • 75% debu dirumah kita, itu berasal dari kulit kita yang sudah mati.

Rokok vs Ciggarate

Apa bezanya ye merokok dan perokok.. Merokok adalah perbuatan yang membahayakan kesihatan dan perokok juga membahayakan kesihatan mereka dan orang orang disekeliling mereka juga. Aku juga merokok dan perokok walaupun cuba cuba nak berhenti tapi arrhg.. susahnya so terpaksalah teruskan juga tabiat yang orang pompuan tak suka ni..

Kalau dikumpulkan duit yang aku belikan rokok sejak dulu aku rasa dah boleh buat rumah bungalow kat tepi pantai. Tapi aku tetap dalam proses mencuba juga sebab sekarang ni harga rokok dah nak sama macam harga beras. Kan lebih baik kalau beli beras dari rokok dapat juga makan ramai ramai sampai kenyang..

Harga rokok dahlah mahal, aku cukup bengang kalau ada member member buat muka selamba berok pow rokok aku. Bukan apa dahlah rokok mahal dia selamba jer macam tak rasa bersalah pow rokok kawan.. Nak hisap rokok tapi tak tau nak beli, datang datang jer 'rokok sebatang Jon'... dengan muka selamba berok jer. Tak bagi nanti kawan, kang merajuk lak kata aku berkira sangat. Tapi hari hari asyik nak payung rokok kat dia jer mana tahan beb..Toke balakpun merungut jugak.

So nasihat aku kepada mereka yang belum merokok tu lebih baik jangan merokok, takde ape yang bestnya, menghabiskan duit dan merosakkan kesihatan korang jer.. Lebih baik korang simpan duit kat ASB ke, ASN ke ada juga faedahnya Mak Ngah. Lagi satu aku tengok sekarang yang pompuan pun dah banyak yang merokok tapi tak kisahlah diaorang nak hisap apapun bukan dia mintak duit aku..betul tak?

Kepada adik adik tu KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK. Hidup lebih sihat tanpa rokok.

New Era Begin..


Sedikit tentang sejarah Jururawat. Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910), yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita, adalah perintis kepada kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.


Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Dia menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England